TULAR VIDEO PELAJAR DIΒELASAH ANGKARA MENEGUR TONTON VIDEO LVCAH, 10 PEMBULI DITAMATKAN PENGAJIAN


Kes buli yang melibatkan pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar minggu lalu dikatakan berpunca apabila mangsa menegur rakannya agar tidak menonton video lvcah.

Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, punca kejadian didedahkan hasil siasatan dan keterangan yang diperoleh daripada mangsa buli, berusia 13 tahun.

“Dikatakan perkara itu telah menjadi punca bahawa mangsa telah dipukul kerana suspek yang berusia 15 tahun telah marah akan teguran itu.

Suspek itu kemudian mengarahkan enam rakannya untuk mengepung sebelum mangsa ditumbuk dan juga ditendang,” katanya.

“Polis turut merampas 11 unit telefon bimbit yang akan dihantar ke jabatan forensik untuk melihat kandungan di dalamnya. Kita akan merujuk kes kepada,

Timbalan Pendakwa Raya dan Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut sebaik selepas semua siasatan selesai,” ujar beliau.

Sementara itu, mangsa kini dirawat di sebuah hospital di Selangor. Mangsa dilaporkan dalam keadaan stabil dan tidak mempunyai sebarang kecederaan yang serius.

Susulan kes buli yang tular baru-baru ini, Jawatankuasa Disiplin Maktab (JDM) memutuskan untuk menamatkan pengajian 10 pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

Datuk Azhar Abdul Manaf berkata, mesyuarat JDM telah mengkaji kes tersebut dengan teliti dan mengambil keputusan untuk menamatkan pengajian pelajar terbabit berkuat kuasa pada hari Selasa.

Menurut beliau lagi, ibu bapa pelajar yang terlibat dengan kes itu telah dimaklumkan tentang keputusan yang dibuat oleh jawatankuasa berkenaan.

Sumber: Astro Awani