Sejadah & telekung solat penutup mayaat, ” Frame gambr, baju terdampar tepi laut ”


Keadaan di lokasi kejadian bot karam yang mengorbankan 10 pendatang asing tanpa izin (PATI) di pantai Tanjung Balau di sini menyentuh perasaan apabila pelbagai barangan milik m4ngsa ditemui termasuk bingkai gambar.

Bingkai dengan gambar pasangan lelaki dan wanita dijumpai terdampar di pantai dalam keadaan baik, walaupun cerminnya pecah.

Selain bingkai tersebut, terdapat pelbagai barangan seperti baju, seluar, pakaian dalam, beg dan barang kosmetik ditemui terdampar di tepi pantai berkenaan.

Turut ditemui songkok dan sejadah dipercayai milik PATI yang beragama Islam.

Setakat petang Rabu, seramai 10 PATI m4ut, 14 ditemui selamat, manakala 25 lagi masih hilang selepas bot pancung dinaiki mereka karam akibat cuaca buruk di perairan Tanjung Balau kira-kira jam 4.30 pagi Rabu.

Laporan awal perjalanan memasuki negara ini untuk mencari pekerjaan di sini bertukar tr4gedi bagi sekumpulan pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Indonesia apabila 10 daripada mereka mati lemas, manakala 29 lagi masih hilang selepas bot yang dinaiki karam di Tanjung Balau, dekat sini hari ini.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, pihak Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru menerima panggilan tentang kejadian itu pada jam 4.30 pagi.

Sebuah bot yang membawa 60 PATI dilapor karam akibat cuaca buruk di Tanjung Balau. Seramai 21 orang dilaporkan selamat dan 10 mayat telah ditemukan pasukan Tentera Darat Malaysia (TDM). Seramai 29 m4ngsa lagi masih belum ditemukan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) diteruskan jam 8.50 pagi dengan mengatur gerak pesawat AW 139 AGUSTA, kapal KM Tegas dan bot Petir 50 bagi mengesan dan mencari baki m4ngsa yang terlibat.

Sementara itu, Ketua Bomba Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, Al Hasra Mohamed berkata, seramai tujuh anggota bersama-sama 40 anggota TDM dikejarkan ke tempat kejadian.

Sebanyak 10 m4yat yang ditemukan itu terdiri daripada empat wanita dan enam lelaki, manakala 21 m4ngsa yang terselamat terdiri daripada 19 lelaki dan dua wanita, katanya.Al fatihah.