Ustazah Zawani meninggal dunia mengejut, ” Baru beberapa hari arwah bersalin anak ke 3 nya ”


Sebak dan pilu pemergian mu Ustazah Nur Zawani Ahmad yang men1nggal dunia awal pagi tadi kira kira pukul 2 pagi di Hospital Langkawi selepas baru beberapa hari melahirkan cahayamata ke 3 nya.

Ustazah Zawani merupakan guru SK Padang Mat Sirat Langkawi menghembuskan nafas terakhir awal pagi tadi laporan awal yang belum disahkan arwah mengalami sawan dan demam namun tidak dapat dipastikan punca sebenar.

Mengikut suaminya Ustaz Anas jen4zah isteri akan dibawa balik ke Hospital Alor Setar dari Langkawi selepas subuh pagi tadi untuk dilakukan bedah siasat.

Apa yang berlaku mengundang pilu keluarga dan sahabat handai arwah yang meluahkan rasa sedih pemergian disaat sedang berpantang bersalin anak ke 3 nya.

Berehatlah wahai kak noni, Kakak yang sangat soft spoken dan suka tersenyum, Ustazah Zawani binti Ahmad meninggal semasa masih dalam pantang anaknya yang ketiga.

Moga syahidlah dikau wahai kakak, moga Allah tempatkan Kak noni bersama orang orang solehah Kuatlah wahai sahabat seperjuangan, Ustaz Anas dalam meneruskan kehidupan bersama anak anak.

Ustazah Zawani (senior Pengajian Islam IPG Perlis) Manakala Suaminya Ustaz Anas (Sahabat sekelas Pengajian Islam IPG Perlis,Semoga kita semua mati dalam husnulkhatimah, Amin -Wan Nur Athirah.

Telah kembali ke Rahmatullah, sahabat saya Nur Zawani Bt Ahmad Noni Zawani pada awal pagi semalam, kurang lebih jam 2 Pagi di Langkawi, Sahabat sahabat kenalan arwah di SK Mergong 2, SMKAK, IPG Perlis, pohon doa buat arwah dan keluarga.

Arw4h wani masih dalam berpantang anak ke-3. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa beliau, ditempatkan di dalam Syurga Allah SWT – Amer Sameer.

Assalamualaikum, Dengan rasa berat hati dan berdukacita, dimaklumkan Ustazah Nurzawani Binti Ahmad (Guru SKPM) telah pergi meninggalkan kita selamanya. Moga Allah permudahkan segala urusan dan ditempatkan rohnya dikalangan golongan yang beriman. Salam takziah buat Suami,Anak-anak dan ahli keluarga Allahyarhamah – SK Padang Mat Sirat.

Sama sama kita doakan agar Ustaz Anas dan keluarga kuat menghadapi ujian dan dimudahkan segala urusan dalam pengurusan Jenazah. Doakan akan Almarhumah diampunkan segala dosanya dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Al fatihah. Olahan Oleh Media Tular, Credit Amer Sameer, SK Padang Mat Sirat.