Tak Sampai Hati Tengok Pekerja Solat Beralaskan Zink Dibawah Terik Mentari,Seorang Majikan Wanita Non Muslim Bantu Sediakan Khemah Surau Buat Pekerjanya
Bukan mudah untuk mengekalkan perpaduan dalam negara yang dihuni oleh masyarakat yang berbilang agama dan kaum. Akan ada pelbagai krisis dan isu yang boleh menggoyahkan keharmonian dan kesejahteraan yang dimiliki selama ini.
Namun, semua itu tiada tandingannya dengan kisah-kisah sebenar yang berlaku dalam kalangan masyarakat yang saling menghormati di antara satu sama lain.
Sama seperti kisah yang tular di media sosial hari ini mengenai seorang wanita yang bukan beragama Islam menghormati dan menghargai pekerja-pekerjanya yang sedang bersolat.
Menerusi perkongsian Wendy Gwen di Instagram Story, dia meluahkan rasa pilu apabila melihat pekerjanya sedang bersolat di bawah panas terik dan hanya beralaskan zink.
Apa yang menyentuh hati adalah apabila dia dan suaminya berpakat membeli kanopi untuk memberikan kemudahan dan keselesaan kepada pekerjanya. Tidak cuma itu, dia juga menyediakan tikar untuk menjadi alas tempat solat.
Gwen juga turut memberikan nasihat kepada orang ramai agar melayan sesiapa saja dengan sebaiknya tanpa mengira pangkat.
“Jangan pernah melihat manusia itu mengikut taraf sosial mereka, tidak kira apa pun kerja mereka. Layanlah mereka selayaknya manusia yang memerlukan asas keperluan hidup.
“Saya rasa bersalah betul sebab saya tidak tanya awal-awal keperluan dorang,” katanya.
Menurutnya, ia merupakan satu ‘pemandangan’ yang memberikannya keinsafan dan tamparan hidup buatnya.
“Saya tahu Tuhan sedang tegur saya dengan cara yang halus. Sejauh mana iman saya? Walaupun berlainan agama, kadang-kadang teguran dari Tuhan itu datang dengan cara yang kita tak jangka.
“Mungkin Tuhan mahu cakap.. tengok tukang kamu. Serba kurang ketika itu tetapi dia tetap kasi jalan tanggungjawab dia. Kamu manusia yang ada rumah selesa, ada kemudahan, ada kamu beribadah macam tu ka?
“Masuk hari kedua saya perhati tukang itu dari tingkap. Masuk waktu saja, dorang solat.
“Kita ni? Islam ka bukan ka. Bila masuk waktu kita ada terus sembahyang ka? Atau kita tangguh?,” luahnya menerusi Instagram Story.
Perkongsiannya itu telah menarik perhatian netizen yang terharu dan kagum dengan sikap Gwen dan suaminya yang menghormati pekerjanya walaupun berlainan agama.
Sumber:SiakapKeli
Keutamaan Menolong dan Memudahkan Urusan Orang Lain. Foto: Ilustrasi menolong
Umat dianjurkan menolong dan memudahkan urusan orang lain.
– Umat Islam dianjurkan untuk saling tolong menolong dan memudahkan urusan orang lain. Dengan demikian, Allah akan melepaskan dirinya dari satu kesusahan pada hari kiamat kelak, serta akan memudahkannya di dunia dan akhirat.
Dari Abu Hurairah ra, Nabi SAW, bersabda: “Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat. Allah senantiasa menolong hamba Nya selama hamba Nya itu suka menolong saudaranya”. (HR Muslim, lihat juga Kumpulan Hadits Arba’in An Nawawi hadits ke 36).
Menolong dan memudahkan urusan orang lain juga memiliki beberapa keuatamaan. Di antaranya mengacu kepada kisah Rasulullah yang tertuang dalam dalam hadits yang diriwayatkan Imam Thabrani berikut:
Dikutip dari buku “Menjadi Manusia Luhur” yang ditulis Arjuna Wibowo, pada suatu hari Rasulullah Saw ditanya oleh sahabat beliau: “Ya Rasulullah, siapakah manusia yang paling dicintai Allah dan apakah perbuatan yang paling dicintai Allah? Rasulullah Saw menjawab:
“Manusia yang paling dicintai oleh Allah adalah manusia yang paling banyak bermanfaat dan berguna bagi manusia yang lain. Sedangkan perbuatan yang paling dicintai Allah adalah memberikan kegembiraan kepada orang lain atau menghapus kesusahan orang lain, atau melunasi utang orang yang tidak mampu untuk membayarnya, atau memberi makan kepada mereka yang sedang kelaparan dan jika seseorang itu berjalan untuk menolong orang yang sedang kesusahan itu lebih aku sukai daripada beri’tikaf di masjidku ini selama satu bulan.” (HR. Thabrani).
Selain itu, memberikan bantuan juga dapat menolak bala, sebagaimana dinyatakan, “Sedekah itu dapat menolak tujuh puluh pintu bala.” (HR Thabrani).
Pertolongan Allah kepada seseorang juga tergantung pada pertolongan yang dilakukannya antar manusia. “Sesungguhnya Allah akan menolong seorang hamba-Nya selama hamba itu menolong orang lain.” (Hadits Muslim, Abu Daud Dan Tirmidzi).