“Triple Three Tragɛdy”, Nahás Helikopter Yang Mengørbankan Tan Sri Yahaya Ahmad Jutawan Melayu Dari Terengganu

 


Masih ingatkah anda dengan ‘Triple Three Tragɛdy’, kemalangan helikopter pada tahun 1997 yang meng0rbankan seorang jutawan Melayu dari negeri Terengganu.

Pada 3 Mac 1997, sekitar jam 10.45 malam, helikopter Agusta A109E Power milik Gadek Aviation Services Sdn. Bhd, sebuah anak syarikat DRB HICOM telah berlepas dari pangkalan helikopter Segambut, Kuala Lumpur.

Helikopter tersebut yang membawa tiga orang penumpang itu dijadualkan tiba di Kuala Terengganu sekitar jam 11.52 malam. Malangnya, helikopter tersebut tidak kunjung tiba.

Ketika di awal penerbangan, keadaan masih lagi terkawal dan selamat. Namun, pada kedudukan 49 batu nautika arah 039 darjah magnetik, helikopter itu dikesan berada dalam keadaan yang tidak stabil. Ia kelihatan berpųsing sedikit ke arah kanan dengan tiba-tiba.

Keadaan bertambah tɛruk apabila helikopter berkenaan dilihat mengarah 90 darjah daripada kedudukan asal. Akibatnya, pesawat itu terpųtus hubungan dengan menara kawalan pada jam 11.15 malam sebelum hilang dari skrin radar.

Sebaik sahaja mendapat berita helikopter berkenaan terpųtus hubungan dengan menara kawalan, gerakan mencari dan menyelamat mula dijalankan. Tetapi belum pun sempat gerakan mencari dilakukan, sekitar jam 11.25 malam, skuad polis Pahang menerima satu laporan ada sebuah helikopter terhɛmpas di Kampung Atong, Jerangsang di Kuala Lipis, Pahang.

Helikopter yang terhɛmpas itu disahkan adalah Agusta A109E Power, yang sebelum itu telah terpųtus hubungan dengan menara kawalan.

Sebaik menerima laporan, gerakan mencari m4ngsa dimulakan. Dipercayai punca utama kem4langan ini ialah disebabkan keg4galan kipas utama berfungsi dengan baik.

Ketika dalam penerbangan, enjin helikopter itu dikatakan tidak berfungsi secara normal mengakibatkan kipas utama kehilangan kuasa dan berputar secara tidak seimbang lalu mengakibatkan tekanan terhadap struktur kipas.

Ketidakseimbangan ini menyebabkan kipas itu patah dan siasatan mendapati kipas utama helikopter patah sebelum pesawat itu terhɛmpas. Tiga daripada kipas ditemui di tiga tempat berasingan, manakala satu bahagian lagi ditemui penduduk kampung beberapa hari kemudian.

Berdasarkan keadaan di tempat kejadian, helikopter itu dipercayai jatuh terhɛmpas tanpa kipas utama kerana tidak ada kesan lib4san kipas pada pokok sekitar kawasan kem4langan.

Berdasarkan maklumat beberapa penduduk kampung berhampiran, mereka mendengar dua lɛtupan kuat, iaitu sekali di udara dan sekali lagi di tempat pesawat itu menjųnam.

Secara kebetulan, kejadian itu berlaku pada tarikh 3.3.1997 dan digelar sebagai ‘Triple Three Tragɛdy’ kerana membabitkan tiga angka tiga, iaitu berlaku pada hari ketiga di bulan tiga dan mengorb4nkan tiga nyawa.

Mangsa yang terkorb4n adalah tokoh korporat yang juga Pengerusi Kumpulan DRB Hicom, Allahyarham Tan Sri Yahaya Ahmad, isterinya Puan Sri Rohana Othman, serta juruterbang, Mejar Azlizan Abdul Manas.

Kira-kira 20 anggota polis, lima pegawai, diketuai Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Mahmud Embi, menjalankan gerakan mencari m4ngsa di kawasan lingkungan 50 meter dari tempat kejadian.

Gerakan mencari turut dibantu kira-kira 10 anggota bomba dan penduduk kampung sehingga m4yat ketiga-tiga m4ngsa ditemui pada jam 1.00 pagi di bawah serpihan helikopter itu.

M4yat ketiga-tiga m4ngsa ditemui di bawah cebisan b4ngkai helikopter itu, kira-kira dua jam selepas pesawat terhɛmpas dengan jarak yang tidak berjauhan antara satu sama lain.

Semua m4ngsa yang rentųng dibawa ke Hospital Kuala Lipis, kira-kira jam 5.20 pagi untuk dibɛdah siasat sebelum dibawa ke Marang, Terengganu. Jɛnazah kemudian diterbangkan dengan pesawat Nuri Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada jam 9.45 pagi ke Hospital Kuala Terengganu untuk pemeriksaan forɛnsik.

Jɛnazah Tan Sri Yahaya dan isterinya dihantar ke Marang untuk dikebųmikan, manakala jɛnazah Mejar Azlizan diterbangkan ke kampungnya di Batu Pahat untuk urusan dikebųmikan.

Di tempat kejadian, pasukan pencari serpihan dan barangan nahas menjumpai dua beg dipercayai milik tokoh korporat itu dan isterinya. Kedua-dua beg dijumpai di kawasan bukit kira-kira 300 meter dari tempat tragedi pada jam 1.30 tengah hari pada hari keempat nahas.

Bagaimanapun, kemal4ngan pesawat ini menimbulkan tanda tanya ramai pihak sama ada ia berlaku secara tidak sengaja ataupun perbuatan kh1anat manusia. Bagaimanapun pada 3 Mac 2001, Mahkamah Koroner memutuskan tiada sebarang unsur niat j4hat, perancangan atau sabot4j oleh mana-mana pihak dalam nahas helikopter itu.

Menyorot sekilas tentang Tan Sri Yahaya, nama beliau amat dikenali pada era sebelum tahun 2000 sebagai antara jutawan Melayu yang terkenal dan pengerusi kumpulan DRB Hicom.

Anak kelahiran Terengganu ini pernah menggegarkan dunia perniagaan apabila membeli firma Lotus secara tunai setelah orang putih tidak percaya dengan kemampuan beliau untuk membeli firma tersebut.

Pada hari tragɛdi itu berlaku, Tan Sri Yahaya bersama isterinya dalam penerbangan untuk pulang ke kampung halamannya bagi menziarahi ibunya yang s4kit. Tetapi hajatnya tidak kesampaian kerana terlebih dahulu dijemput Il4hi.

Bagi mengenang jasa beliau, Institut Kemahiran Mara Pekan dinamakan sebagai Institut Kemahiran Mara Tan Sri Yahaya Ahmad (IKM TSYA) pada tahun 1997. Manakala sebuah jalan di Dungun, Terengganu dinamakan sebagai Jalan Yahaya Ahmad.

LATAR BELAKANG RINGKAS TAN SRI YAHAYA AHMAD.

Tan Sri Yahaya bin Ahmad (11 Ogos 1947 – 2 Mac 1997) ialah bekas Pengerusi DRB-HICOM, konglomerat perindustrian Malaysia. Syarikat ini mempunyai 32,000 pekerja. Beliau mendapat jolokan “Car Czar” Malaysia.

Yahaya Ahmad dilahirkan pada 11 Ogos 1947 di Marang, Terengganu. Beliau mendapat pendidikan di Maktab Melayu Kuala Kangsar, Perak.

Antara kenalan rapat ketika itu ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dikatakan juga Yahya berkr1sis dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa menuntut di Universiti Malaya.

Yahaya mula berjinak dengan dunia automobil pada 1981 iaitu semasa selepas pelancaran kereta nasional Malaysia Proton Saga. Beliau mula dilantik menjadi pengerusi DRB-HICOM pada 1 Januari 1994.

Menerusi DRB atau Diversified Resources Bhd, Yahaya berjaya menguasai syarikat pengeluar kereta nasional Proton. Pada 1990-an kereta Proton Iswara dan Proton Wira telah dilancarkan. Pada April 1996, Proton Tiara dilancarkan.

Seterusnya pada Oktober 1996, Proton melalui Yahaya telah mengambil kawalan terhadap Lotus. Kemudian diambil alih oleh Pengarah Urusan Datuk Mohd Nadzmi Mohd Salleh dengan Tengku Mahaleel Tengku Ariff. Selepas kem4tian Yahaya, jawatan Pengerusi DRB HICOM diambil alih oleh Tan Sri Mohd Saleh Sulong.

Pada 1997, Anwar Ibrahim selaku Menteri Kewangan Malaysia pemangku Perdana Menteri Malaysia bersama-sama Tan Sri Yahya menyelesaikan kesesakan jalan raya sekitar bandar raya Kuala Lumpur melalui penubuhan bas Intrakota yang menyediakan laluan khas untuk kenderaan awam.

Sumber Wikipedia.