MAK MENG̷ADU ISTERI JAR̷ANG2 JOIN KENDURI BEL̷AH FMLY AKU, AK HIL̷ANG SAB̷AR, CER̷AIKN ISTERI AT̷AS NASIH̷AT M̷AK, TAPI TAK SGKA LAIN JADINYA BILA AKU KAHWIN DGN C̷ALON PILIHAN M̷AK YG BARU NI
Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.
Salam semua. Aku buntu. Apa tips untuk ambil hati bekas isteri semula?
Dia nampak lebih happy lepas cerai dengan aku. Aku sorang saja ke yang rindu dia? Aku rindu manja dia. Rindu suara lembut dia. Rindu masakan dia. Bau perfume vanilla dia.
Dulu masa awal kahwin. Aku tak de apa². Isteri aku gaji 6k. Aku gaji 1.6k saja. Kereta takde. Masa tu aku bahagia sangat walaupun takde anak.
Isteri aku ni tak berkira. Selalu pinjamkan kereta dia untuk aku bawak mak aku pergi beli barang dapur, bawak mak ayah aku pergi kenduri/ rumah anak-anak lain.
Isteri aku jarang dapat ikut sebab dia sibuk. Aku faham tapi keluarga aku, mak² sedara aku tak faham.
Diaorang selalu hasut aku katakan yang isteri aku tu sombong. Mereka kata isteri aku tu bila kenduri payah nk nmpk muka tlng2 mcm ipar lain. Lama² aku pun terpercaya. Padahal aku sedar saja dia pergi outstation. Aku tau dia kerja bersungguh² untuk tingkatkan ekonomi kami.
Tapi setahun dua pertama saja aku faham. Makin lama aku pun hilang jugak sabar bila isteri aku jarang-jarang dapat join kenduri, aktiviti sebelah family aku.
Kalau dia beli barang kemas… dia akan cakap kat family dia yang aku belikan.
Kalau balik kampung dia, dia akan hulurkan duit kat aku supaya bila pergi mana² aku yang bayar. Nanti fam dia nampak macam aku ni suami yang baik. Family dia tak tau gaji aku kecik.
Ayat dia selalunya “biarlah mak ayah saya senang hati tengok saya bahagia”
Mak aku suka datang rumah aku, sebab isteri aku dah complete kan rumah yang selesa. Setiap bilik ada aircond, rumah dia deco lawa2. Wangi. Tenang hati bila balik kerja tengok rumah. Tu semua duit dia.
Aku mana mampu. Tapi mak aku tak tahu, mak ingat tu duit kami bersama. Mak tak suka pergi rumah kakak aku sebab duduk flat. Ada yang duduk dengan mertua. Jadi diaorang tak selesa.
Tapi tiap kali mak datang mesti complain. Sebab isteri aku tak masak. Kitaorang makan luar saja. Bab masak memang isteri aku fail.
Masuk tahun kelima kahwin, aku dapat kerja. Gaji besar. Itupun isteri aku tolong. Dia yang sediakan resume.
Dia training aku cara cakap. Dia ajar aku guna computer. Dari aku kayu. Aku jadi berkeyakinan. Gaji dalam 2.5k. Dengan gaji tu, lepas la untuk aku buat loan beli kereta tempatan.
Masa ni la mak aku suruh aku kawen lain, dia cakap ada dah mampu untuk berpoligami atas alasan untuk dapatkan zuriat. Mak kata isteri aku busy.
Dia suruh aku cari isteri baru untuk jaga makan minum pakai aku. Mak aku marah sangat sebab masa dia masuk hospital seminggu, isteri aku tak boleh cuti untuk temankan mak di hospital.
Atas nasihat mak sy cerraikan dia dan kahwin dengan menantu pilihan mak. Ye sekarang memang aku bakal dapat zuriat dengan isteri baru. Tapi hati aku kosong. Aku nak dia semula.
Aku cemburu bila fikirkan dia banyak deal dengan client lelaki kat luar sana. Macam mana kalau diaorang suka jugak bau perfume vanilla dia tu?
Isteri baru aku tak macam yang lama. Semua dia nak aku sediakan. Drive pun tak reti. Aku rimas isteri aku yang ni clingy. Lepastu sikit² nak mengadu kat keluarga dia. Sikit² up kat fb. Sangat tak matang.
Lepas bersalin dia tak mau kerja dah. Mana nak cukup gaji aku sorang… Aku rindu isteri dulu yang indipendent. Yang pandai jaga aib aku.
Isteri dulu aku sediakan nafkah 50 saja sebulan. Tapi dia tak pernah merungut. Tiap kali dapat nafkah dia sentiasa doakan moga aku murah rezeki.
Isteri sekarang, nafkah 200 aku dah bagi. Nanti dia nak beli skincare makeup semua dia mintak duit aku. Duit beli pad pun dia claim kat aku.
Dulu dengan gaji 2.5k ni aku rasa cukup besar dah. Tapi dengan isteri baru. Sungguh aku rasa gaji ni tak cukup.
Isteri dulu memang mak aku. Sedara aku tak suka. Sebab dia memang tak pandai masak. Tak kenal halia lengkuas. Lepastu tak mengandung walau dah lama kahwin.
Tapi percayalah. Walaupun dia tak sempurna di dapur. Tapi dia sangat² melengkapi aku…semua pergi sendiri. Dia sakit pun pergi klinik sendiri. Balik kampung mak dia pun drive sendiri… pendek kata semua dia uruskan diri sendiri… memang tak susahkan aku.
Isteri sekarang kejap² aku kena amik cuti. Sebab nak kena bawak dia. Bantu aku macam mana nak pikat semula bekas isteri aku. Kadang habis saja kerja, aku akan pergi parking depan rumah dia, dapat tengok bayang pun aku dah happy.
Aku nak miliki dia semula. Korang tolong doakan moga allah jodohkan kami kembali. Sungguh dia wanita yang sangat berbeza dari yang lain. – Ady (Bukan nama sebenar)
Komen warganet
Shida:
Aku doakan…aku doakan ko menyesal seumur hidup, aku doakan bekas isteri ko dpt lelaki yg lagi banyak duit dari dia, yg kaya yg loving yg ringan tulang dan hensem.
Bior padan kemuka kamu dengan mak kamu tu. Dah dahla nak banding isteri sekarang dgn bekas isteri, nak jadi bapak dah pon. Bela la anak tu elok2, bimbing la isteri tu jd bidadari kamu. Bukan org paksa, kamu jugak yg pilih
Radin:
Tak pasti confession ni betul sbb rasa mcm troll. Tapi kalau betul, ko ni x layak berbini sebenarnya, menyusahkan anak org je. Nak berbini tapi nak senang2 x nak susah. Nak bini gaji banyak tapi kena hadap muka ko 24 jam. Dpt bini baru yg boleh hadap muka ko 24 jam pun ko komplen sbb x de duit, ko kena tanggung ko kena drive sana sini.
Eh, mmg tanggung jawab ko sebenarnya tanggung bini tu, beli itu ini utk dia. Kalau bini boleh tolong tu kira bonus. Pegi duduk bawah ketiak mak dgn mak sedara tu sana. Gaji 2k pun rasa hebat dah. Sampah betul. Dan semoga x-bini jumpa org baru yg hebat, beriman, hensem dan hargai dia selayaknya.
Fahrizan:
Tak pasti confession ni betul sbb rasa mcm troll. Tapi kalau betul, ko ni x layak berbini sebenarnya, menyusahkan anak org je. Nak berbini tapi nak senang2 x nak susah. Nak bini gaji banyak tapi kena hadap muka ko 24 jam.
Dpt bini baru yg boleh hadap muka ko 24 jam pun ko komplen sbb x de duit, ko kena tanggung ko kena drive sana sini. Eh, mmg tanggung jawab ko sebenarnya tanggung bini tu, beli itu ini utk dia. Kalau bini boleh tolong tu kira bonus.
Pegi duduk bawah ketiak mak dgn mak sedara tu sana. Gaji 2k pun rasa hebat dah. Sampah betul. Dan semoga x-bini jumpa org baru yg hebat, beriman, hensem dan hargai dia selayaknya.
Kisah dibawah lebih mendebarkan,
Aku ugvt tak akan balik kampung kalau ibu tak izinkan aku kahwin, namun sekarang aku menyesal
Ibu bapa aku tak setuju dengan pilihan aku sebab suami somb0ng tapi aku ugvt tak nak balik kampung barulah diorang setuju. Ibu awal – awal lagi dah bagi amaran, kalau jadi apa – apa jangan merungut sebab itu pilihan aku sendiri. Satu hari aku kemaIangan dan kereta r0sak teruk, aku beli kereta lain dan masa sampai rumah..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Nama aku Liz. Syukur Alhamdulillah aku dikurniakan sepasang cahaya mata yang comel. Namun bukan itu cerita aku. Kisah ini bermula tahun 2006, ketika aku berkenalan dengan suamiku sekarang. Perwatakannya menarik tetapi nampak somb0ng. Kami hanya kawan. 2007 kami putvs hubvngan. Aku menukar nombor telefonku. Lantas dia tidak dapat menghubungi aku.
2009, aku berjinak – jinak dengan FB. Di situlah aku mula menghubungi dia semula. Kami berhubung secara atas talian sahaja kerana jarak yang jauh memisahkan kami. Dia melamarku. Aku memaklumkan kepada keluarga di kampung. Ibu dan ayah tidak merestui hubungan kami kerana lelaki itu somb0ng. Kami masih berhubung. 2010 aku memberi kata dua kepada ibu. Jika dia tidak setuju, aku tidak mahu pulang ke kampung sampai bila – bila. Begitulah nekadku.
Akhirnya, ibu bapaku mengaIah. Mereka bersetuju dengan lelaki pilihanku. Awal – awal lagi ibuku memberi amaran jika berlaku apa – apa, jangan merungut kerana aku yang memilih jalan ini. Kami pun berkahwin. Awal perkahwinan sahaja bahagia. Masuk tahun kedua kami selalu berg4duh. Kadang – kadang sampai kain baju aku dibuang keluar rumah. Aku pun membawa diri ke hotel murah beberapa hari. Bila dia rasa terc4bar semasa bertik4m lidah, dia mula naik tangan.
Ada masa aku ditumbvk, dit4mpar atau ditend4ng di tempat yang tersorok. Perut, kaki, bahu, kepala. Sedih tu aku rawat sendiri. Aku tak pernah mengadu kepada sesiapa. Aku jadi pendiam. Aku jadi penakut. Bila di tempat kerja, aku jadi ceria. Bila balik, aku sedih. Balik kampung pun setahun 2 kali sahaja. Raya Aidilfitri dan bulan 12. Itupun hanya seminggu sahaja. Bila berg4duh, kami tak bercakap lama. Dari hari ke minggu ke bulan. Selalunya diaIah yang memulakan pertengk4ran. Ada sahaja yang tak kena. Tak pernah dia cuba mengambil hati aku.
Bila dah terIampau lama menyendiri, aku yang beraIah. Memujuk dia semula. Begitulah rutin hidup. G4duh, senyap, baik (tapi hubungan m4kin renggang). Kalau suami minta untuk mengadakan s3ks, baru aku memberi. Selama 5 tahun perkahwinan, tiada zuriat. Kemudian, kami berpindah ke Sabah. Cab4rannya lagi besar di sini. Aku bangun seawal 4 pagi menyediakan sarapan pagi dan tengah hari. Kemudian baru aku pergi kerja yang jaraknya lebih 90km dan pastinya bukan jalan raya yang baik ya.
Penatnya tak terkira. Rumah sewa yang berdekatan tempat kerja tiada. Kalau ada pun harga Y4hudi. Bayangkan sewa 1 bilik harga rm700. Setelah 2 bulan, aku kemaIangan. Itulah sahaja kereta yang kami ada. Kereta r0sak teruk. Aku hanya ced3ra ringan. Kerana tak sanggup hidup susah, menumpang orang, mengikut ragam orang, aku membeli kereta. Ya, kereta baru terus. Pastinya kereta mahal. Aku membawa kereta pulang ke kuarters kami. Oh ya, selepas kemaIangan, aku dapat rumah sewa berdekatan tempat kerja.
Aku membeli makanan kegemarannya. Sampai sahaja aku di parking rumah, aku disoal siasat tentang kereta. Aku berterus terang. Niatku satu, untuk memudahkan ulang alik balik jumpa suami, beli barang dapur dan keperluan. Boleh pula dia hemp4s makanan tu, habis terbur4i dari plastik. Aku? Aku ditolak ke lantai, pintu rumah dikunci dari dalam. Akibatnya, aku pulang ke rumah sewa. Raya haji, bersendirian di rumah sewa. Sedih sangat. Setelah 3 bulan, dia datang mencari aku. Kami pun berbaik, buang yang keruh, katanya.
2017, aku ditukarkan ke tempat yang dekat sikit dari kuarters suami dalam 25 km jalan travel. Aku ditakdirkan mengandung. Semasa mengandung pun masih lagi dia panas baran. Kalau ada masaIah di tempat kerja, aku pun turut jadi m4ngsa marahnya. Bila ada anak, aku ingat ok dah. Rupanya, per4ngai tak berubah. Suka marah – marah. Anak merengek demam, tak nak tidur malam, semua aku yang jaga. Sampai aku dihalau keluar bilik sebab anak bising. Kacau tidurnya.
Bila anak tidur elok, dicivm, dik3jut bangun. Bila bangun, mainnya 5-10 minit sahaja. Aku memasak sambil berdukung anak. Aku bawa stroIIer ke dapur. Letak baby dalam stroIIer. Bila nangis, dukung lagi. Ada bapanya ke tiada ke sama sahaja. Rumahtangga yang tak pernah bahagia. Tak lama lepas tu aku mengandung lagi. Padahal anakku baru setahun. Masa ni lagi berat dugaannya. Aku disep4k ter4jang. Kadang sampai aku terfikir, h1na sangat aku ni. Dengan aku tiada senyum, tiada gurau. Dengan kawan, sembang 2 – 3 jam.
Gelak besar, makan besar. Aku selalu berdoa agar Allah lembutkan harinya. Buang panas barannya. Mudahkan urusanku. Sebelum lahir anak kedua, aku dapat bertukar ke kampung. Aku yang minta tukar. Sekali minta sahaja, terus dapat. Ramai orang hairan. Suami tinggallah di Sabah. Aku pun meninggaIkan bumi B0rneo balik kampung. Tinggal dengan ibu bapaku. Di sini aku lebih bahagia. Ada orang tolong tengokkan anak – anak. Main, gurau dan sayang anak – anak selain aku.
Kami belum bercerai. Bila g4duh tu, 6 bulan sepi tiada khabar. Telefon ke whatsapp ke semua tiada. Kadang – kadang tu aku rasa tenang. Tapi anak sulung aku ni menjadi seorang yang penyedih. Dia selalu menangis atau termenung. Ada juga aku call tapi dia tak angkat. Mesej baca tapi sekadar blue tick sahaja. Semalam aku terfikir, semua ni jadi sebab aku kahwin tanpa redha ibu bapa. Tapi aku bahagia begini, tanpa suami. Hanya dengan anak – anak dan ibu bapa. Sampai sayangku dah tiada buat suami.
Anak kedua dah setahun setengah, sulung tu dah 3 tahun 2 bulan. Tolonglah saya. Apa yang patut saya buat. Kuatkah saya men3mpuh hidup ni? Sekian, – Liz (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Dzarul Azfan Dasuki : Nak jadi beg t1nju suami lagi ke apa kak oi? Fikir – fikirlah. Bila part perempuan kena pukuI sep4k ter4jang dengan suami ni, saya tak rasa kena bertahan kot. Memang la ramai orang luar cakap tu mudah, tapi fikirkan kesannya pada mentaI dan fizikaI anak – anak dan akak. Cuba minta maaf dengan mak ayah sebab Iukakan hati mereka, kot mereka redha dan doakan untuk akak supaya suami jadi lebih baik. Allah makbulkan.. Tapi kalau dia masih camtu, angkat tangan babai jela.
Wann Asmah : Terus je ke mahkamah syariah buka fail, minta bantuan bir0 guaman, bayaran berdasarkan gaji puan, buat surat sump4h sebagai sokongan, dalam surat sump4h tu kena ceritakan semua perilaku buruk suami yang suka memukuI dan mend3ra mentaI puan, bukan setahun dah bertahun masih tiada perubahan, orang macam ni memang tak akan berubah sampai bila – bila, fikirkan pembesaran anak – anak puan.
Kalau ada ayah yang panas baran bukan boleh membantu pon untuk pembesaran dorang, m4kin tersiksa lagi ada. Pilihan di tangan puan, nasib baik puan ada mak ayah lagi, kalau puan berterus terang dengan mak ayah, pasti dorang akan membantu, sekarang dorang hanya tunggu lisan dari mulut puan sahaja untuk meminta bantuan dan nasihat, percayaIah.
Izzaty Chan : Allahuakhbar. Saya juga ibu kepada dua orang anak. Anak – anak kita pun sebaya confessor. Sudah – sudah la tu ya. Awak cari bahagia sendiri. Jadi pvnching beg pada seorang laki kep4rat tu bukanlah bahagia. Pergi je dari laki tak guna tu. Tau tabur benih je. Anak – anak mungkin tak cakap, tapi one day mereka akan faham. Lagi – lagi anak sulung awak. Kesian dia..
Nurhayati Ibrahim : Yang ketawakan confessor ni, kamu semua kena ingat. Kamu bakal ada zuriat. Belum tentu lagi nasib zuriat kamu tu semua macam mana. Sekarang kita ketawakan orang, 10 tahun atau 20 tahun lagi bila terjadi pada ahli keluarga sendiri, waktu tu, tengoklah sama ada kamu sanggup ke tak nak ketawakan ahli keluarga sendiri. Sama – samaIah beringat.
Dalilah Qarina : Isteri perlu pert4hankan hak dia sebagai seorang isteri. MengaIah itu pasti bila berg4duh hal kecik. Tapi kaki pukuI tu bukan perkara kecik, apatah lagi depan anak. Nanti anak membesar dapat lelaki kaki pukuI dia pun ikut redha, macam apa mak dia buat. Penulis kena ingat, cara awak bawa diri awak sekarang adaIah cara anak – anak awak bawa diri mereka nanti. Anak akan nampak apa ibu buat semua betul, kalau awak biar diri awak dipij4k dan ditolak sana sini.
Anak akan ikut sebab awak satu – satunya roIe model mereka dari kecil. Jika awak tak mampu kuat untuk diri sendiri, kuat untuk anak – anak awak. Tengok muka anak – anak dan bayangkan kalau diorang yang kena pukuI dengan suami sendiri, apa yang awak nak diorang buat?
Aisyah Hizam : Janganlah marah confessor. Bila dia bertanya, dia dah tahu jawapan. Dia cuma perlu sedikit sokongan dan dorongan atas jawapannya. Keluarlah dari tempat yang tak bahagia. Hidup terlalu singkat untuk d3rita. Semoga yang baik – baik saja untuk confessor.
Sumber IIUM
