[Vide0] Sedih! Bapa Meningg4l Tak Sempat Tunggu Anak Keluar Latihan TUDM-“Tunggu Yan balik…”


Kita dah biasa dengar hubungan rapat antara ibu dan anak, kan? Bila dah terlalu rapat, memang kadang-kadang susah nak berjauhan antara satu sama lain.

Namun baru-baru ini, tular di TikTok selepas perkongsian video yang memaparkan hubungan akrab antara ayah dengan anak lelakinya menerusi akaun sue_qaseh yang buat ramai bergenang air mata.

Dari POV pengguna akaun TikTok itu, dia merakamkan situasi adik bongsu bersalaman dan peluk dengan ayahnya sebelum adiknya itu menjalani latihan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bermula tahun lepas.

“Bulan 4 nanti balik. Kalau awal sikit, boleh lah awal balik… Jangan minum manis-manis ye… Tunggu Yan balik…”

Ternyata yang buatkan orang ramai sebak dan sedih adalah kerana video itu merupakan kenangan terakhir mereka bersama sebelum ayahnya menghembuskan nafas terakhir.

“Cara pandang seolah-olah tahu masa nak pergi…”

Video Klik Disni

Hubungan rapat dan mesra dua beranak itu mendapat perhatian ramai selepas cara adiknya yang dianggap sopan dan lemah lembut semasa berbual dengan ayahnya.

Rata-rata di bahagian komen meluahkan rasa sedih mereka selepas menonton video itu dan turut mendoakan agar adik bongsunya diberikan kekuatan untuk meneruskan latihannya di TUDM.

Pemilik akaun itu juga rajin membalas komen-komen yang diberikan malah mengatakan bahawa adiknya berasa sunyi selepas ayahnya meninggal dunia kerana niat asalnya untuk menuntut di TUDM adalah untuk melunaskan hasrat ayahnya.

Min doakan agar ayah awak ditempatkan di kalangan orang yang beriman & harapnya awak kuat untuk habis latihan demi ayah awak yaa…