Sentiasa ceria walaupun sakit, pemergian jururawat ditangisi rakan2
Pemergian seorang jururawat di Jabatan Kecemasan & Trauma Hospital Melaka mengundang sebak rakan perjuangan apabila menyifatkan arwah merupakan seorang sahabat yang sejati.
Menerusi laman Facebook, pihak pengurusan hospital tersebut mengucapkan ucapan takziah buat keluarga Allahyarham Engku Shahirah Engku Razak yang meninggal dunia hari ini.
“Pemergiannya merupakan kehilangan besar buat keluarga ETD Melaka kerana beliau adalah seorang petugas yang berdedikasi dan komited dalam menjalankan amanah tugasan beliau,” tulis posting tersebut.
Difahamkan, Allahyarham pergi menghadap ilahi akibat penyakit buah pinggang menerusi komen yang dibalas oleh salah seorang rakannya.
Sakit apa ye?
Berita sedih itu mengejutkan ramai sahabat seperjuangan yang turut membuat dedikasi istimewa dan mendoakan supaya roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Terima kasih untuk segala memori
Allah lebih menyayangimu dik
Terkejut dengan berita ni
Tenanglah di sana wahai sahabat
Sumber : Facebook