Mantan Imam Masjid Kapitan Keling, ” Datuk Syeikh Abdullah Bukhari mninggal dunia ”


Ulama terkemuka Pulau Pinang, Datuk Syeikh Abdullah Bukhari meninggal dunia di rumahnya di Jalan Brani di sini pada usia 88 tahun hari ini.

Salam takziah, Innalillahi Wa Inna Ilaihi Rojiun, Warga Penang bersedih,Dengan Dukacitanya memaklumkan Bahawa Murabbi Imam Datuk sheikh Abdullah Bukhari Al Hafiz ( imam besar masjid kapitan keling) telah mengembus Nafasnya dalam keadaan tenang dirumahnya pada jam 11.00pagi , Insya Allah urusan seteruanya akan di dimaklumkan kemudian -Syed Ahsan.

Allahyarham yang merupakan mantan Imam Masjid Kapitan Keling di sini sejak 1972 hingga 31 Disember 2018 menghembuskan n4fas terakhir kira-kira pukul 11 pagi.

Beliau memulakan pendidikan awalnya di Madrasah al-Mashoor al-Islami dengan kelulusan 4 thanawi dan pengkhususan Qismun Takhasasin dan Qismun Muallimun pada 1952.

Selain itu, Abdullah turut memperoleh kelulusan Tahfizul Qurani dari Jamia Misbahul Hudha, Nidur di India pada 1953 dan memperoleh kelulusan Kelas Alim Maurlaui pada 1958.

Allahyarham dilaporkan pernah mengajar ilmu Fiqh, Usul Fiqh, Mantiq, Tafsir dan Hadits di Madrasah al-Mashoor, Pulau Pinang pada 1958 hingga 1979.

Beliau juga sangat aktif dalam menyampaikan dakwah kepada masyarakat Islam di Pulau Pinang khususnya dan berkebolehan memberi ceramah dalam beberapa bahasa seperti bahasa Melayu, bahasa Tamil dan bahasa Arab selain menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah pada 1960.

Sementara itu jen4zahnya dikebumikan di Tanah Perkvburan Makam Noordin di Masjid Kapitan Keling selepas solat Asar hari ini.Al fatihah.