(VIDEO) Selepas Pemuda India Cuci Masjid, Pelajar UIA Pula Bantu Bersihkan Kuil


(VIDEO) Selepas Pemuda India Cuci Masjid, Pelajar UIA Pula Bantu Bersihkan Kuil

Terbaharu, sebuah lagi video menarik perhatian warganet apabila sekumpulan sukarelawan terdiri daripada pelajar Universiti Islam Antarabangsa (UIA) membersihkan sebuah kuil Hindu di Taman Klang Utama.

Beberapa hari lalu, tular satu video memaparkan sekumpulan pemuda berbangsa India membantu membersihkan masjid yang terjejas akibat banjir di Klang, Selangor sehingga meraih pujian ramai.

Penyelaras Parti Bangsa Malaysia (PBM) bagi Parlimen Klang, Nallan Dhanabalan memuat naik video tersebut di laman Facebook menyifatkan masyarakat sedia berkhidmat tanpa mengira bangsa dan agama.

VIDEO: https://www.tiktok.com/@nallan.dh/video/7045137842711956762=70451378

Video berdurasi 34 saat itu turut tular di aplikasi TikTok sehingga meraih 483,000 tontonan selain lebih 5,000 komen warganet yang terharu melihat tindakan sukarelawan berbilang kaum saling menyumbang tenaga antara satu sama lain.

Sumber: Facebook & TikTok Nallan Dhanabalan