SUAMI BARU KUAR PENJ̷ARA 5 BUL̷AN TP AKU H̷AMIL 7 BUL̷AN AN̷AK KAW̷AN BAIK DIA. AKU TIP̷U INI AN̷AK DIA


Foto sekadar hiasan. Baca perlahan lahan, semoga dapat pengajaran dari kisah ini. Assalamualaikum min. Tolong siarkan cerita saya. Saya guna fb kawan. Saya berumur 35 tahun telah berkahwin dan mempunyai 4 orang cahaya mata lelaki berumur 10 tahun dan yang kecil 7 tahun. Saya boleh dikatakan cantik kerana ada drah campuran c1na s1am. Seorang suri rumah sepenuh masa dan tidak bekerja selepas kawin.

Hidup hanya bergantung sepenuhnya pada pendapatan suami. Suami saya telah dikenakan hkuman pnjara atas ksalahan d4dah pada tahun 2017.

Atas kelakuan baiknya 5 bulan lepas dia telah dibebaskan. Masalah saya sekarang ni, saya dah mengandung 7 bulan lebih. Dan suami tak tau usia sebenar kandungan saya.

Anak yang saya kandungkan ini bukan benih dari suami saya sebaliknya benih dari kawan baik dia.

Selama suami di pnjara, kawan baik dia sentiasa menjaga dan mengambil berat kebajikan saya serta anak2.

Makan pakai kami terjaga kerana suami ada berpesan pada kawan dia. Sekiranya apa2 terjadi pada dirinya bantu dan jaga family dia elok – elok

Jadi kawan baik dia jaga kami dengan baik. Jaga saya dari segi zahir dan batin. Keinginan saya sentiasa dipenuhi dan layanan kawan baik suami membuatkan saya wanita paling bahagia di muka bumi.

Memang terbaik dan saya berasa amat puas sekali. Berlainan sekali dengan layanan suami pada saya.

Atas kelekaan dan keasyikan itu saya disahkan hamil Kawan baik suami tidak menjalankan tugas dia menjaga saya dan anak2 bila mana suami telah dibebaskan.

Suami tak tahu waktu dia dibebaskan saya dah mengandung 2 bulan. Sebab masa dia keluar pnjara, memang dia kerjakan saya setiap masa.

Maklumlah dah lama berpuasa. Jadi suami sangka kandungan ini adalah benih dari dia. Kawan baik suami ada pesan supaya rahsiakan dari pengetahuan suami.

Masalah saya sekarang ni perlu atau tidak saya beri tahu suami tentang status kandungan saya atau perlu saya diamkan sahaja.

Saya sayang suami saya dan saya juga rindukan belaian kawan baik suami. Apa yang terbaik dan patut saya lakukan sekarang. Saya betul2 buntu.

Kisah ke 2 lebih mendebarkan dan meyakitkan hati pembaca, baca perkongsian di bawah

Nama aku Nani (seharusnya bukan nama sebenar). Sejujurnya, kisah hidup aku ni mungkin kisah biasa yang ada kat page alam perkahwinan yang ada kat muka bumi Malaysia. Cumanya aku harap post aku ni mampu membuang segala-gala kenangan hitam yang susah sangat nak dipadam dalam memori hidup aku selepas ni. Aku kenal dengan Firdi dari zaman belajar lagi.

Dia bukanlah kategori kacak tapi manis tu ada dan paling penting sifat ramah dia tu buat ramai orang selesa dengan dia.

Aku selesa dengan family dia, mak dia memang best sangat sangat. Setelah 5 tahun kenal akhirnya kami memilih untuk berkahwin. Masa awal perkahwinan, aku dan Firdi duduk berjauhan (pjj). Kat sini la bermula segala kisah kecuurangan yang disimpan kemas si Firdi yang aku tak tahu.

Dia simpan kemas dan baru sebulan kahwin dah pon kantoi. Naluri isteri jangan buat main ye.. Jaranglah sangkaan meleset kan, hehe. Hubungan dia dengan perempuan sama tempat kerja aku dapat hidu. Tapi tu lah jenis aku ni bukan bangsa suka menyerbu semua pihak.

Aku perhati je. Kumpul semua maklumat sendiri tanpa bocorkan pada mana mana pihak famili. Yelah, rumah tangga kita, kene la jaga sendiri. Kalau boleh settle sendiri tak perlu libatkan mak ayah. Sampailah satu hari aku ke sana (tempat Firdi tinggal dan kerja), aku slow talk dengan dia.

Keluarkan semua bukti yang aku dah peram lama dan akhirnya dia mengaku sampai menangis keluar air mata jantan berjurai-jurai pasal takut kantoi dengan mak dia… erkkkk…. (takde aku time tu). Dia mengaku pernah ada hubungan dengan this girl tapi putus dah.

Padanlah, baru nikah sebulan asyik cakap nak kahwin lagi okey. Fullstop, Dia tanya aku, kalau terjadi lagi benda macam ni, aku maafkan dia tak? Aku dengan lurus dan yakinnya cakap ni peluang terakhir sebab rasa sangat confident yang dia tak akan ulang benda sama selepas melalak macam mak esah nak kena kena je.

Tapi aku silap menilai, selepas beberapa tahun mendirikan rumah tangga dan dikurniakan seorang anak Allah uji kerukunan rumahtangga kami. Kali ni amat teruk dan amat teruk dalam sejarah hidup aku. Aku dijandakan demi menghalalkan janda lain.

Owhhh, indah bukan hehe… Sangat tak sangka, aku anggap Nora macam adik aku sendiri. Bantu dia dalam bisnes tapi aku dilakukan bertubi-tubi oleh dua insan ni.

Oh ye, masa awal kahwin kitaorang memang struggle. Sampailah dah hampir complete punya segala bisnes, kerjaya, kenderaan, rumah dan anak setelah beberapa tahun kahwin baru dikurniakan anak.

Finally Allah tarik segala-galanya apa yang kami dah ada macam tu aje. Wahai pembaca, besar taw efek tidak setia dan perpisahan ni. Mungkin Nora tertarik dengan segala yang dimiliki Firdi. Tapi dia mungkin juga tak perasan sebalik kejayaan Firdi ada aku kat belakang tu.

Sampai hampir separuh gaji aku terhumban pada hutang-hutang jangka panjang demi nak bina kehidupan yang lebih baik. Aku tak lupa ayat Nora pada aku “tak pandai jaga laki” katanya. Depan aku, dua-dua buat macam takda apa terjadi.

Berlagak macam kawan bisnes aja, tapi rupanya bercinta belakang aku. Firdi dah start balik rumah lewat pagi hari-hari. Aku kat rumah dengan anak dibiar macam tu aja. Pandailah nak makan apa nak pergi mana. Sebab dia banyak urusan bisnes katanya.

Setiap hari aku tak boleh tidur sebab tunggu sang suami balik. Sampai tahap aku boleh basuh baju pagi-pagi bagi isi masa lapang tunggu laki balik. Tak gunanya aku masa nih. Lama-lama hampir dua bulan perkara ni terus berlaku dan dia terus tak selera nak sentuh aku.

Pernah satu hari tu aku mintak hak aku sebagai isteri untuk dilayan, dia janji dia nak balik rumah malam tu. Tapi dia tak balik. Aku dengan harapan tinggi tunggu dia dari malam membawa ke subuh pon tak balik dan akhirnya dekat tengahari baru muncul.

Memang dia layan aku tapi lepas tu dia cakap macam ni “puas dah nak sangat kan” muka dia memang tak happy langsung. Masa tu aku rasa aku macam seorang perempuan simpanan paling murahan dalam dunia nih. Itulah lah trauma yang aku tak dapat nak hilangkan sampai sekarang.

Sejak itu dia terus tak berminat nak sentuh si halal nih. Setelah berbulan aku tanggung derita ni tanpa sesiapa pon tahu. Aku hanya luah atas sejadah dan pluk erat anak aku yang waktu tu baru umur setahun lebih. Tiap kali aku menangis, dia datang tepuk bahu aku.

Anak aku kekuatan aku. Cerita aku bukan saja dapat laki tak guna tapi turut terkena buatan dari Nora. Aku skit,mungkin juga efek dari stress lagi mudah aku jatuh skit. Lepas asar aku jadi makin murung. Takut nak keluar rumah. Muka aku memang dah tiada seri langsung.

Muka hampir senget sebelah. Aku dah macam mak esah. Anak aku selalu jadi sasaran marah aku. Aku menyesal sangat-sangat pada anak aku. Tapi apakan daya aku lemah yang amat. Mujur keluarga dan kawan-kawan banyak bagi sokongan.

Masa ni aku dah bagitahu famili selepas dia kantoi bawak balik Nora tidur rumah kami hanya mereka berdua dalam tu depan mata aku dan anak. Dapat bayangkan hncur ntah tahap ke berapa dah hati aku lagi dan lagi. Tak lama tu dia ajak aku berpisah.

Aku cakap bagi aku masa sebulan baiki keadaan.. Dia setuju. Teruskan kata dia. Dalam tempoh sebulan lagi kuat dia tak balik rumah dan aku amik ruang yang ada tu untuk ubat diri aku yang ‘skit’. Duit habis untuk berubat. Alhamdulillah aku makin pulih dan makin kuat untuk anak aku…

perempuan sekali kalau dia dah move on, habis lah kau wahai k4um adam. Sampai tahap aku dah bosan, pujuk nak berdamai makin mengada-ngada tak nak balik. Jadi aku ambil keputusan undur diri demi kebaikan dan kebebasan yang Firdi mahukan.

Segar diingatan aku kata-kata dia ni hingga aku terpaksa bawa diri dan taknak terhegeh-hegeh lagi.

1) Dari dulu lagi rasa cinta pada aku hanya lah on off semata.

2) Dah lama nak lepaskan aku masa bertahun tak ada zuriat tapi tak jadi bila taw aku dah mengandungkan anak dia. (Padan macam tak happy bila aku cakap aku pregnant).

3) Nak mulakan hidup dia dari zero semula (lawak sejenis apakah ini). Akhirnya kami berpisah dan Allah sangat permudahkan segala urusan pencraian secara baik kami walaupon dalam tempoh eddah dia macam orang tak betul talak.

Ucapan pertama selepas berpisah yang aku terima dari salah insan yang sangat rapat dengan aku dulu “tahniah apa yang dihajati tercapai”… aku???… hajat aku???… Remuk lagi hati aku ntah berapa ratus kali. Dalam tempoh eddah aku perhatikan juga perangai dia,

tapi walaupon cara dia macam orang tak betul talak tapi dia hanya berani pujuk aku dalam phone sahaja. Tak berani datang jumpa famili. Di saat itu aku yakin sangat memang cukup sampai sini jodoh aku. Aku memang tak mampu jadi isteri yang terbaik buat Firdi.

Aku tak mampu bahagiakan hati dia. Selama ini aku redha siapa pon Firdi, segala kekurangan Firdi tapi tidak pada Firdi. Aku memilih berlalu sepi dengan syarat tolong lepaskan anak bersama aku.

Dia kekuatan disaat aku lemah, kalau tak fikirkan aku ada anak, mungkin aku rela terlantar s4kit perlahan-lahan maati tinggalkan dunia yang fana ni.

Tapi Allah lah sebaik-baik perancang. Setelah beberapa tahun berpisah Dia temukan aku dengan lelaki berhati mulia walaupun sikap jauh beza dengan yang lama.

Segalanya-galanya memang berbeza sangat. Mungkin Allah mahu aku lupakan segala kenangan lalu tanpa ada sedikit persamaan walaupon pada mula aku kekok.

Tapi demi anak yang kurangnya kasih seorang bapa, aku belajar untuk terima kehadiran teman baru dan ya, aku perluukan teman untuk buang segala lara aku yang lalu. Jadi ibu tunggal bukan lah perkara yang menyeronokkan untuk aku. Tapi aku tak boleh cerita dalam ni.

Memang lelah korang nak baca. Maybe next confession (kalau ada yang berminat nak taw lah..perasan aih). Pengajarannya, Kawan-kawan, hidup nih jangan terlalu bermegah dan menunjuk segala yang kita ada. Tak semua orang suka lihat kejayaan kita. Jadi, tak usahlah tunjuk.

Cukup kau dan orang terdekat kau saja yang tahu. Manusia jhat dimana-mana. Kadang paling rapat tu la paling kjam dengan kita kan. Jadi,hati-hatilah. Sekali Allah nak tarik nikmat, Dia memang tak bagi signal. Terduduk terus kau masa tu.

Itulah yang pernah jadi pada aku. Jangan pernah percayakan org luar sampai tahap anggap dia macam famili kau.. no orang luar tetap orang luar & tak wujud pun sahabat baik dari lain jantina. Tu bukan sahabat. Tu boleh jadi nafsu serakah kelak.

Last, doakan aku dapat melupakan segala kedukaan tanpa simpan dndam pada sesiapa yang pernah aniaya aku (Nora & Firdi). Doakan juga kebahagian aku dengan famili baru kami.. Thanks, sudi baca sampai habis. Sekian

Ramai terkesan dgn perkongsian kisah pertama, apa reaksi warganet

Suriati Su, Berturus terang dgn suami.klu anak yg lahil tu popuan x sah ayahnya jdi wali bila nk kwin nanti. masyAllah akan bertambah2 lagi anak yg x sah taraf ni.

Siti Hajar, Kadang sy tak faham semua cerita dlm ini kita ugama islam tahu hukum haram dan halal dok cerita buat ziina tak takut dosa bila maati esok ini.

Alis Iman, Gaanas..naafsu buaya..lupa dosa…masalah akan datang lagi besar..anak ziina ..keturunan dia..Alahai kesiannya nasib anak..kenalah berterus terang..berani buat berani tanggung.

Pihak MediaPortal tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri