Lelaki Tinggalkan Nota Terpaksa Cu.ri Duit Tabung Masjid, Nak Belikan Telefon Untuk Anak Belajar. “Dalam tempoh setahun, saya akan pulangkan” (Video)


Tindakan seorang lelaki yang mencu.ri duit dari tabung masjid berjaya di rakam kamera CCTV. Menurut portal PikiranRakyat.com, kejadian tersebut berlaku di daerah Jepara, Indonesia. Video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Instagram bernama @shollataufiq memaparkan seorang lelaki sedang membawa wang dari sebuah tabung masjid itu dilaporkan terjadi pada Khamis, 16 Disember 2021.

Pencu.ri tersebut telah mengambil wang yang terdapat dalam tabung masjid itu menggunakan kain yang dibawanya. Bukan itu sahaja, pencuri tersebut turut meninggalkan sepucuk surat yang menyatakan sebab mengapa dia terpaksa mencu.ri wang berkenaan.

Menurutnya, dalam tempoh setahun, dia akan memulangkan wang yang dicurinya itu semula ke masjid tersebut. Menerusi surat yang ditinggalkannya, dia menyatakan bahawa dia terpaksa mencu.ri duit tersebut kerana untuk membeli telefon bimbit buat anaknya yang sedang bersekolah.

“Dalam tempoh setahun, saya akan pulangkan wang dalam kotak ini. Saya memerlukan duit ini untuk membelikan telefon bimbit buat anak saya yang sedang bersekolah,” tulis pencuri tersebut.

Dia juga turut memohon maaf kerana terpaksa bertindak sedemikian berikutan tidak mempunyai pekerjaan. Malahan, pencu.ri yang menggelarkan dirinya Mister X itu juga sempat mengingatkan supaya tabung masjid disimpan di dalam masjid.

“Dan sekali lagi saya minta maaf, saya tidak bekerja, sekadar nak ingatkan bahawa lain kali tabung itu perlu disimpan di dalam, Mister X,” tulisnya

Sumber: news18post.com