Shuib Akui Tidak Mudah Hidup Tanpa Sarah “Bila Dia Dah Tiada, Saya Jadi…”


Shuib Sepahtu, pelawak dan usahawan terkenal yang kehilangan isteri kesayangannya, Siti Sarah Raisuddin, pada 9 Ogos mengakui bahawa hidupnya kini tidak sama seperti dulu.

Menerusi laman Utusan, Shuib menyatakan bahawa dia bukanlah seseorang yang mudah untuk berkongsi masalh dengan orang lain, lebih-lebih lagi selama ini dia selalu berkongsi cerita dan masalah dengan Allhyarhamah isterinya.

Sentiasa cuba berikan yang terbaik buat anak-anak

Mungkin orang di luar boleh berkata apa sahaja. Tetapi ini adalah perasaan saya. Sebenarnya tidak mudah hidup ini tanpa kehadiran Sarah di sisi. Selama ini dia sentiasa ada dengan saya. Hampir semua perkara kami buat sama-sama.

Kalau ada masalah peribadi, dalam bisnes sekali pun, kami sama-sama saling merujuk antara satu sama lain. Bila dia dah tiada, saya jadi kekok. Nak rujuk dengan siapa?

Bukan dengan semua orang kita boleh kongsikan masalh kita. Banyak perkara yang kami kongsi bersama sebelum ini.

Meluahkan perasaan semasa ziarah kubur

Shuib mengatakan bahawa dia sering menziarahiKubur arwh isterinya dan meluahkan perasaannya di situ.

Itulah yang saya lakukan, sampai sekarang. Bila ada masalah, saya tak kongsikannya dengan orang lain. Walaupun dengan ibu atau mentua.

Saya akan luahkannya semasa menziarahikubur arwah. Di selang waktu, saya akan bertemu dengan doktor peribadi yang merawat Sarah dulu untuk membuat pemeriksaan kesihatan.

Penting juga sebab apabila sering dirundung emosi, tubuh badan kita juga secara tak langsung akan terjejas.

Semoga Shuib terus kekal sihat dan diberi kekuatan untuk menjadi seorang bapa tunggal. Sama-sama kita doakan agar Shuib diberi ketabahan dalam mengharungi semuaDugaan yang menimpanya dan menjadi ayah yang baik, yang boleh dijadikan contoh buat anak-anaknya.

Sumber : Ohmedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Sumber : https://transformasi.pw/ via Semangatviral.com